Beli dari Ejen Insurans/Takaful (Sepenuh Masa)
Dari kajian mencari syarikat insurans motor terbaik Malaysia, kami mendapati bahawa kebanyakan rakyat Malaysia membeli insurans dari ejen insurans. Pada tahun 2016, 34% dari peserta kajian membeli dari ejen. Kami ingin tahu betapa baik ejen insurans berbanding dengan saluran pembelian yang lain.
HARGA: NEUTRAL
Kami senaraikan kategori ini neutral kerana ini bergantung kepada kecekapan ejen anda serta betapa rapat anda dengan ejen. Sekiranya ejen anda ialah salah satu ahli keluarga anda, anda mungkin dapat membuat urus janji di mana ejen memberi balik sedikit komisen dia. Walau bagaimanapun, ia bukannya buruk membeli dari Pos Malaysia, di mana anda dapat menikmati layanan lebih baik dengan harga yang anda bayar.
KEPANTASAN & KEMUDAHAN: BAIK
Anda dapat menikmati tahap perkhidmatan yang paling baik dari ejen, terutamanya ejen tersebut boleh dipercayai. Memilih ejen yang betul adalah kritikal bukan sahaja mereka meletakkan keperluan anda terdahulu, malah mereka akan membantu anda memilih produk insurans yang terbaik. Membeli dari ejen juga adalah paling mudah, mereka akan membuat segala proses seperti mengisi borang, bayaran dan kutipan cukai jalan untuk anda.
Bukan semua ejen dapat memberi cukai jalan serentak dengan insurans anda seperti Pos Malaysia dan cawangan syarikat insurans. Sesetengah ejen mempunyai kemudahan untuk memperbaharui cukai jalan melalui MyEG. Anda boleh mengenalpasti mereka dengan papan tanda MyEG di pejabat mereka. Selalunya, mereka dikenali sebagai Kiosk MyEG.
NASIHAT JUALAN: BAIK
Ejensi-ejensi yang besar mewakili lebih daripada satu syarikat insurans. Ejensi seperti ini dapat membantu anda membuat perbandingan harga produk syarikat. Ini sangat memanfaatkan anda dengan permulaan liberalisasi tarif insurans kenderaan pada Julai 2017. Setiap syarikat insurans akan menawarkan harga yang berlainan kepada anda.
BANTUAN TUNTUTAN: BAIK
Ejen insurans memainkan peranan yang amat penting ketika kemalangan jalanraya berlaku. Apabila anda mengalami kemalangan jalanraya ataupun kenderaan anda dicuri, ejen insurans yang baik akan menasihatkan anda apa yang patut dan tidak patut dibuat. Ejen tersebut akan menasihatkan anda apa yang boleh dituntut dari syarikat insurans anda. Ejen yang cemerlang akan membuat segala urusan dari mengisi borang tuntutan serta mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan dan failkan untuk anda.
No comments:
Post a Comment